Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Khamis, 1 Ogos 2013

Puisi Moden Tingkatan 4


Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah kau akan penuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Maksud Sajak :

Rangkap 1
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.



Tema.
Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.


Persoalan.
1.Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

2.Persoalan jati diri remaja.

3.Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.

4.Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja.
Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.


Bentuk Sajak.

1.Terdiri daripada empat rangkap
2.Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.
3.Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.
4.Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.
5.Sajak ini berbentuk bebas.

Nada.
Sinis
Gaya Bahasa.
1.Ayatnya pendek-pendek.
Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)

2. Diksinya mudah difahami.
Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

3.Aliterasi :pengulangan konsonan m
Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

4.Pengulangan konsonan t
Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)

5.Asonansi :pengulangan vokal a
Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
Pengulangan vokal i
Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)

6.Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
Contoh : bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)

7.Metafora 
Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)
cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3)
madu ajaran (rangkap 2, baris 5)

8.Simile
Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)

9.Sinkope
Contoh : Penuhilah remajamu
Dengan apakah akan kau penuhi

Nilai.
1.Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
2.Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
3.Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

Pengajaran.
1.Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2.Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3.Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4.Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.





Di perpustakaan

Di Perpustakaan melangkah ke ruangmu
Di Perpustakaan
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya sedetik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai.

Shafie Abu Bakar
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka,2009.






Maksud Sajak.
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.

Rangkap 2
Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.

Rangkap 3
Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.


Tema.

Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.


Persoalan.

1.Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
2.Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.
3.Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.


Bentuk Sajak.
1.Terdiri daripada tiga rangkap
2.Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris.
3.Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris.
4.Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba.
5.Sajak ini berbentuk bebas.
ada.Sinis

Gaya Bahasa.
1.Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi.

2.Aliterasi :pengulangan konsonan n
Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4)
Pengulangan konsonan t
Contoh : satu pertukaran yang kontras

3.Asonansi :pengulangan vokal a
Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)
Pengulangan vokal i
Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12)

4.Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
Contoh : Di puncak sepi
Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8)

5.Metafora
Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3)
Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7)

6.Sinkope
Contoh : Melangkah ke ruangmu
Yang akan kucatat

7.Personifikasi Contoh : Ke kedinginan yang menerpa

8.Imejan
Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)


Nilai.

1.Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.
2.Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.
3.Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.


Pengajaran.
1.Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
2.Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
3.Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.
4.Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Isnin, 29 Julai 2013

Rabu, 29 Mei 2013

Tatabahasa BM

Sintaksis
  • Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
  • Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
  • Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
  • Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
  • Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
  • Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
  • Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
 
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad
mengulangkaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu
ke sekolah
Frasa Nama
Frasa Sendi Nama
FN + FS
Fatimah
amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong
seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN


Frasa
  • Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  • Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
  • Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
  • Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.



Binaan Ayat
  • Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
  • Perhatikan contoh di bawah:

Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian

guru senaman

Tipah

membeli gula

Suara ketua pengawas itu

serak-serak basah

Munainady

menoreh getah



  • Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
  • Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.

  • Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
  • Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
  • Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)


Pola Ayat Dasar
  • Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
  • Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
  • Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah
pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan
budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA

 Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan
Varian
Contoh perkataan
contoh penggunaan
ke-
ke
kerabat, ketladak, kekasih
Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-
pe-
pewangi, peragut, pesalah
Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.

pem-
pemfatwa, pemproses, pemberontak
Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.

pen-
pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat
Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari

peng-
pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh
Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.

penge-
pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom
Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri

pel-
pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon
Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR-
per
pertapa
Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-
juru-
jurutaip, jururunding, jurubahasa
Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)
dwi-
dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran
Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)
eka-
ekabahasa, ekakaum, ekafungsi
Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas')
pasca-
pascasiswazah
Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum')
pra-
prasejarah, prakemerdekaan
Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri')
swa-
swalayan, swamodal, swakarya
Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.


Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran
contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)
seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)
olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)
pragawati, olahragawati
-an
pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan


Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan
contoh perkataan
ke....an
kezaliman, kesenangan
pe...an
peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...an
penyusunan, pengurangan


Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan
contoh perkataan
-el-
telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er-
keruping, seruling, serabut
-em-
kemuning, kemuncup, kemelut

 i mbuhan kata kerja

Menerima tiga jenis imbuhan  awalan, akhiran dan apitan.
Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
selereak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran
varian
contoh perkataan
beR-
be-
bekerja

bel-
belajar

ber-
berkawal, berhasrat, berziarah
meN
me-
melawat, merasa

mem-
memberi, memproses

meng-
mengelak, menggali, menghabiskan

menge-
mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan
di-
di-
dipukul, dibaca
mempeR-
memper-
memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam
dipeR-
diper-
diperbaharui
teR-
te-
terasa, terasuk, terombak

ter-
terminum, terpisah, tercarut


Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.
akhiran
contoh perkataan
-kan
buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i
jauhi, turuti, masuki


contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
Imbuhan
varian
contoh perkataan
beR...an
ber...an
beranggapan, berdampingan

be...an
beratapan, berebutan
beR...kan
be-...-kan
berumahkan, berantaikan

ber-...-kan
bertajukkan, berbantalkan
meN...-kan
me-...-kan
memasukkan, merundingkan, meyakinkan

mem-...-kan
memberikan, mempastikan, memfatwakan

men-...-kan
mendirikan, menjadikan, menzahirkan

meng...-kan
mengambilkan,menggantikan, mengkanunkan

menge...-kan
mengeposkan, mengetinkan, mengesahkan
menN...i
me...i
meracuni, melindungi, meyakini

mem-...i
membeloti, mempelopori

men--...-i
menjalani, mensyukuri

meng-...-1
mengairi, mengekori, menghadiri, menggarami
mempeR-...kan
memper...-kan
memperhambakan, mempersendakan
ke...an
ke-...-an
kecurian, kemalangan, kesiangan
di....i
di-...-i
diragui, dikasihi, dirindui
di...kan
di-...-kan
dipulangkan, dibenarkan
dipeR...kan
diper-....-kan
diperkenankan, dipersembahkan, diperlihatkan

Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan.
Kata adjektif tidak menerima akhiran
Amati contoh-contoh berikut:
imbuhan
varian
contoh perkataan
contoh penggunaan
Awalan
teR-
te-
teramai, teruncing, terendah
Pesta jualan itu mencatat kedatangan pelanggan teramai  pada tahun ini.

ter-
terbaik, tersohor, terindah
``Kaulah yang terbaik bagi diriku,'' katanya.
se-
se-
seindah, seganas, sebesar, sehebat
 Persembahan pentas kumpulan rock itu sehebat artis-arti rock dari luar negara.
Apitan
ke...an
ke-...-an
kemelayuan, kebaratan, ketimuran
Walaupun cara beliau berpakaian agak kebaratan, tetapi pemikirannya padat dengan aspirasi kemelayuan.
Sisipan
-el-
-el-
gelembung, selerak
Minum bergas itu mempunyai gelembung udara
-er-
-er-
gerigi, serabut
sejak beristeri dua, fikirannya amat serabut.
-em-
-em-
gemilang, semerbak, gemerlap
Minyak wangi palsu itu semerbak baunya.
-in-
-in-
sinambung
usaha beliau dalam perniagaan merupakan kesinambungan bakat neneknya.



 Pemajmukan
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
 
      i.        Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari
 
     ii.        Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus
      i.        Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja
Kata Majmuk Kiasan
      i.        Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin